Menggunakan Koken untuk Laman Fotografi

March 28, 2015

Saya pernah tulis antara tip-tip untuk membuatkan laman web popular ialah dengan memasukkan banyak gambar. Jadi, saya pun cuba masukkan gambar. Saya belajar cara guna kamera dengan baik. Saya beli Canon PowerShot S110. Hasilnya? Tak ada beza sangat pun. Mungkin saya kena masukkan lebih banyak gambar kot?

Ya, saya kena masukkan lebih banyak gambar. Berjuta-juta gambar. :-)

Lihat laman fotografi saya dan mulai hari ini, segala foto akan dimuatnaikkan laman sana. Jika pembaca adalah pelihat (suka tengok saja tak suka baca), boleh lah bookmark laman Fajarhac Foto itu. Tapi, di sana hanya foto sahaja, grafik akan kekal di fajarhac.com. saya tak guna koken lagi

Saya suka ambil gambar. Seolah-olah orang berjiwa sungguh seni. Melihat sesuatu dari kanta kamera, berbeza. Skop kamera yang kecil, membuatkan lebih fokus, lebih memerhati. Sebelum ada kamera, cuma kata 'oh kuatnya angin', tapi dengan kamera, 'daun jatuh mengikut alunan angin'. Kan dah kata, jiwa jadi lebih seni. :-)

OK. Jom kembali ke _mood _saintifik.

Ambil gambar guna kamera S110 berbeza dengan kamera telefon, sebab saya lebih suka ambik gambar pemandangan, bukan gambar manusia. Yang paling saya suka ialah ambil gambar malam, sebab malam lebih nyaman. Kamera Canon S110 boleh memberi kualiti yang baik untuk gambar malam berbanding dengan kamera kompak biasa.

Tapi, kualiti gambar guna kamera DSLR pasti lebih baik. Saya tidak suka DSLR sebab saiznya yang besar _bapok _membuatkan saya memilih Canon S110.

Wordpress Boleh Menjadi Laman Untuk Fotografi, Tapi Koken Adalah Terbaik

Dengan tetapan yang betul, tema yang tepat, sesiapa saja boleh mengubah wordpress menjadi sebuah laman fotografi yang baik. Bila saya kata, dengan tetapan dan tema yang tepat, bermaksud, kita kena berusaha sedikit, mengubah sana-sini untuk menjadikan laman sebaik mungkin sebagai laman fotografi.

Saya suka, sunting (edit) sana sini dan saya juga suka untuk belajar benda baru. Lalu saya pilih untuk belajar benda baru. Dari sini lah saya mencari sebuah CMS yang terbaik untuk laman fotografi. Saya ada terfikir untuk menggunakan Flickr, imgurl, 500px dan lain-lain laman untuk _host _gambar. Cuma saya batalkan sebab semua laman-laman ini ada syarat-syarat masing-masing yang malas untuk difahami.

Mengapa saya tolak Flickr, 500px dan DevianArt?

saya tak suka facebook, jadi jangan harap saya nak daftar instagram

Untuk mendaftar Flickr kita kena ada akaun Yahoo. Saya dah lama tinggalkan Yahoo, dan kalau boleh saya nak mendaftar guna emel ***@fajarhac.com. Inilah sebab saya tak jadi guna Flickr walaupun ada tawaran 100GB.

500px pula sebuah laman yang semakin popular untuk mengalahkan Flickr (atau Flickr dah kalah pun). Saya _subscribe _500px untuk melihat gambar-gambar yang sungguh menawan. Apabila ada masa lapang dan tak terasa nak buat apa-apa, saya akan lihat gambar-gambar 500px. Gambar-gambar yang sungguh-sungguh-sungguh-sungguh lawa. Sebab tu saya tak daftar 500px. Sebab gambar-gambar di laman tu, sangat lawa, saya terasa diri ini kerdil sangat, saya pun tak jadi daftar di 500px. 500px untuk golongan pro sahaja kot.

DevianArt laman web komuniti untuk grafik dan foto. Komuniti di DevianArt kebanyakan mendaftar kerana hobi bukan bidang profesional. Di sana kita boleh lihat banyak gambar yang sungguh lawa dan sungguh buruk. DevianArt tidak memfokuskan foto, tetapi segala produk seni seperti lukisan, foto, seni 3d dan sketch. Saya menolak DevianArt sebab DevianArt bukanlah laman untuk gambar foto.

Laman-laman komuniti yang dinyatakan ada kebaikan tersendiri, iaitu komuniti. Gambar yang dimuatnaikkan di 500px akan dapat dilihat oleh ramai orang yang telah mengikut 500px atau ahli-ahli mereka. Pendedahan kepada produk anda cepat dan tinggi. Jadi jika matlamat utama pembaca nak tunjuk kat orang seluruh dunia, jangan tolak Flickr dan lain-lain. Saya suka kalau ada orang tengok dan puji, tapi itu bukan matlamat utama saya.

Selepas nilaikan semua ini saya pun, memilih untuk mencari CMS untuk laman fotografi.

Memperkenalkan Koken Sebuah CMS untuk Laman Kreatif

Lihat laman rasmi koken. Koken masih baru. Blog koken menunjukkan artikel pertama menyatakan Koken beta akan dilepaskan kepada umum pada Febuari 2013. Koken baru 2 tahun. Masih banyak yang kurang dengan koken, contohnya temanya masih sedikit dan belum ada yang mengancam. _Plugin _koken juga sedikit.

Walaubagaimanapun, koken merupakan produk yang sungguh kemas. Kualitinya terbaik. Pemasangannya (install) kebih mudah dari wordpress. Cuma pengguna perlu belajar cara penggunaannya sedikit sebelum boleh menggunakan dengan baik. Jika dibandingkan wordpress dengan blogspot, koken boleh dikatakan wordpress. Yakni kita perlu belajar cara gunanya.

Sebab tu, koken ada documentation yang jelas mengajar cara menggunakannya. Saya yang otak teknikal pun mempunyai beberapa masalah menggunakannya.

Oleh sebab itu, artikel akan datang, saya akan tunjukkan cara untuk pasang koken dan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menggunakannya.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea