profile photo anime

Assalamualaikum,

Saya FAKHRULLAH PADZIL

Mencari orang untuk buat web sistem dan aplikasi android? Atau mencari senior developer Typescript / JavaScript, Node.js & React dengan pengalaman devops?

Fakhrullah Padzil seorang full stack Typescript / Javascript developer dengan pengalaman mengambil idea lalu membina web sistem yang sesuai.

Subang Jaya, Selangor 011-6262 4558 [email protected]

My Skills

Bahasa MelayuEnglishJapaneseTypeScriptJavaScriptNodeJSReactJSDockerFlutter / DartParse PlatformUbuntuDocker

Perjalananku

Pengembaraan saya dalam dunia IT merupakan sebuah perjalananan yang penuh pengajaran dan pengalaman praktikal. Selain mengamalkan ilmu dalam dunia pekerjaan, saya sentiasa mengemaskini pengetahuan dengan perkembangan semasa pengaturcaraan dan IT. Pengetahuan ini diterjemahkan dengan membina projek-projek peribadi dan kolaborasi.

terkini

Software Engineer at HTC Global (MSC)Contractor at Western Digital

Menyambung peranan saya sebagai Pembangun Full Stack di tempat yang sama. Bekerjasama bersama jurutera data dalam kumpulan. Fokus saya adalah untuk membina antara muka web bagi menggunakan AI model dan membina pengautomatan untuk sistem tersebut.

Pada masa lapang saya, saya sentiasa mempelajari teknologi terkini dan kemas kini pengetahuan. Sebagai contoh, laman web ini, fajarhac.com, berubah dari Wordpress ⟶ Hexo ⟶ Hugo ⟶ Gatsby v2 ⟶ Gatsby v5.
Selain mengambil projek luar, saya juga sedang membangunkan produk peribadi saya seperti Kubus.

Hobi dan pemantapan diri

2023

Pelancaran aplikasi Kubus

Alhamdulillah. Akhirnya, berjaya melancarkan Kubus app, sebuah aplikasi pendidikan yang mengandungi pelbagai pelajaran sekolah-sekolah malaysia. Aplikasi merupakan percubaan menggabungkan Kuiz Sejarah SPM, Kuiz Biologi SPM, Kuiz Sains PT3 dan lain-lain yang saya telah dimuatturun puluhan ribu, tetapi tidak dikemaskini kerana tekonologi lama.Baca lagi.

Pertama kali masuk ke syarikat multinasional (MNC) dan bekerja sepenuh masa dari rumah. Pada awalnya agak berat hati, kerana saya menganggap akan menggunakan teknologi lama. Anggapan saya betul, tetapi pengalaman bekerja dengan data besar dan mengoptimumkan perisian membawa keunikan dan keseronokan tersendiri.

Software Engineer at HTC Global (MSC)Contractor at Western Digital

2022

Freelance sepenuh masaFajarhac Technology

Rasa ingin mula serius dalam bisnes. Justeru, saya daftar SSM. Selain mengambil projek dari syarikat saya bekerja sebelum ini, saya juga berkolaborasi dengan kawan dalam beberapa projek.

Berjaya menyiapkan iSave app. Tetapi, app yang berfungsi tak bermakna bisnes yang menjadi. Saya bersama dengan sahabat yang merupakan seorang peniaga, menyempurnakan idea kami sebelum ini. Kami pernah mempersembahkan prototaip kepada pegawai Maybank dalam acara tertentu. Asalnya guna Quasar dikemaskini dengan Flutter.Baca lagi

iSave

2020covid / pasca-covid

Lead developer

Asalnya saya bekerja sebagai freelance dengan syarikat ini. Tetapi, akhirnya mereka bersetuju untuk menggaji saya. Sebagai orang IT pertama pada sebuah syarikat baru, perkara pertama ialah kami mencari seorang junior. Menjadikan saya ketua kumpulan 😉. Kami membina pelbagai laman untuk servis-servis syarikat dan web e-dagang yang disesuaikan dengan pencetakan 3D.

2019

Bekerja dengan beberapa syarikat dan sesuatu yang agak menyedihkan. Ada syarikat yang hampir semua orang keluar, kemudian join venture dengan syarikat lain, suruh tukar Php sedangkan saya pilih syarikat kerana nodeJS. Ada syarikat tak mampu bayar gaji dan EPF tak pernah masuk dan ada startup yang agak kabur masa depan. Macam-macam ada. Tetapi, yang paling tepat ialah diri sendiri yang tiada cukup kemahiran dan pengalaman. Cuma, bersyukur juga, sebab dapat pengalaman bekerja dalam bangunan kerajaan (MOF).

Zaman awal masuk pekerjaan

2017

Sesaje

Saya terbuka untuk sembang-sembang kalau tak berkaitan dengan kerja pun boleh. Sekitar Subang Jaya dan Shah Alam, bila-bila je on. Boleh mesej dekat telegram.

Saya ada di twitter (X), tapi tak beberapa aktif. Kalau ada meetup dan event, ajaklah. InsyaAllah free, saya join.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea