Saya Tak Pandai Buat Duit dengan App atau Web

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Baru-baru ini, ada orang tanya tentang pengaturcaraan. Saya suka pengaturcaraan dan cabaran untuk menyelesaikan masalah dengan coding. Jadi, saya pun balas komen dengan berikan cara untuk chat dengan saya di Telegram.

Disebabkan artikel tu popular, ramai kot yang baca artikel sampai ke bahagian komen. Tak pe lah, saya suka. Cuma masalahnya ramai yang mesej nak tahu cara nak buat app sebab nak buat duit.

Ini masalah besar bagi saya, sebab saya bukan usahawan app atau web. Saya bukan Apprenuer. Saya tak pandai buat duit dengan app.

Saya pandai buat app. Saya pandai buat web. Malah, saya pandai buat game jugak walaupun grafik tak cantik. Tapi saya memang tak mahir buat duit.

Bias pengetahuan

Mungkin anda pernah dengar atau baca artikel ramai orang jadi kaya raya sebab aplikasi, web atau blog mereka. Anda pun terfikir, “aku tak nak jadi kaya raya pun, dapat duit tambahan sikit pun cukuplah”. Jadi, anda pun rasa “kalau ramai orang boleh jadi kaya raya dengan app, kalau setakat duit tambahan pasti lagi mudah”.

Anda salah. Cerita ramai apprenuer jadi jutawan mungkin cerita benar. Tapi, ini kisah yang penuh dengan bias.

Bias pertama, cerita kejayaan kelihatan, seolah-olah berlaku sekelip mata. Padahal, mereka melalui banyak susah payah yang tidak diceritakan. Usaha mereka mungkin bermula 10 tahun yang lalu, tapi tidak diberitahu sebab nak pendekkan berita. Saya percaya mereka yang menjadi kaya dengan app, mesti telah membina berpuluh-puluh, atau mungkin beratus-ratus produk yang gagal atau produk eksperimen sebelum saat itu.

kerja keras

tiada jalan pintas, kena kerja keras Pixabay

Bias terhadap berita yang kita dengar dengan berita yang kita tak pernah dengar. Kita mendengar ramai orang berjaya, kerana cerita berjaya diberitakan. Sedangkan lagi ramai yang gagal, tetapi didiamkan. Sebab tu lah, secara tak langsung kita menganggap membina app boleh buat duit yang banyak. Padahal, kita silap.

Ya, Mark Zuckerberg jadi jutawan pada usia muda, tapi berapa ramai yang pandai buat app dan web yang bekerja dengan Facebook, sekadar dapat gaji macam pekerja-pekerja biasa. Dong Nguyen, pembangun permainan Flappy Bird jadi kaya di Vietnam, tapi berapa ramai yang buat game yang tak laku. Lihat sendiri, di Google Play Store, betapa banyak game yang jumlah muatturun sedikit. Oh, tengok game saya, PIP berapa banyak download?

Anda boleh buat duit dengan app. Tapi, sebagaimana industri lain, tiada jalan pintas dan tak semudah yang disangka.

Media cuma menulis apa yang orang nak baca. Mereka sebar berita keganasan oleh orang Islam besar-besaran, tapi mereka diamkan berita orang Islam (Rohingya, Palestin dll) yang tertindas.

Ini semua salah media. Kita menjadi mangsa dengan mendapat pengetahuan yang bias dari mereka.

Pengalaman sendiri buat duit dengan app

Saya tak pernah cerita pengalaman saya buat duit dengan app sebab malu. Saya salah seorang yang telah terpengaruh dengan bias pengetahuan di atas. Tapi, nasib baik, saya sukakan komputer, jadi saya kekal dengan dunia pengaturcaraan ni.

Saya cerita pasal projek IlmuAdalahKuasa ni satu jelah. Kegagalan lain, saya simpan dulu untuk diceritakan selepas saya gemilang dan terbilang nanti.

Projek IAK ada 12 kuiz app untuk pelajar yang telah di muat turun sebanyak 50 ribu (total installs) dan web ilmuadalahkuasa.com pula ada lebih 2000 orang berdaftar. Hasil daripada app dan web ini, saya hanya dapat 3~10 sen sehari. Darab 30 hari, dapatlah kurang lebih RM 3.00 sebulan. Sedangkan kos server RM 50 sebulan dan domain RM 50 setahun. Tak kira lagi dengan kos masa upah dan masa saya gunakan untuk coding dan penyelenggaraan. Pendek kata, tak berbaloilah kalau matlamat semata-mata nak buat duit.

Rasa kesian dan nak derma kat saya? Terima kasih, tapi tak pe lah. Saya percaya ada banyak perkara lain yang saya dapat yang lebih baik daripada duit.

Dan pendapatan yang tak balik modal ini salah saya juga. Saya tak bersungguh untuk mendapatkan duit daripada app dan web ini. Padan muka saya. Saya pernah baca kalau pasang iklan seperti pop up video, mungkin boleh dapat banyak lagi pendapatan. Tapi saya tak buat. Sebab saya tak suka iklan pop up video, jadi saya tak nak pengguna marah dan berdoa bukan-bukan.

Buat app satu bab. Buat duit dengan app pula adalah perkara yang berbeza. App adalah teknologi dan buat duit adalah bisnes.

Nelayan miskin yang mahir tangkap ikan yang mahal-mahal sekalipun tetap akan miskin kalau dia tak pandai nak jual ikan tu. Akhirnya dia balik makan dengan keluarga je, dapat rasa ikan sedap tapi tak dapat naikkan taraf hidup.

Di dunia moden sekarang, ramai orang tersilap anggap teknologi adalah bisnes. Web dan app hanyalah teknologi, sekadar alat yang boleh membantu perniagaan. Sama ada mengurangkan kos, mempercepatkan penghasilan produk

Satu bab penting dalam startup ialah model niaga (business model) iaitu cara untuk mendapatkan keuntungan daripada produk atau idea yang ingin dijayakan. Model niaga juga menjadi penentu sesebuah startup untuk berjaya mendapat tajaan atau tidak.

Ada idea? Tapi tak de kemahiran nak buat app

Katakan suatu hari, kita dapat satu idea app yang bernas dan kita buat kajian. Selepas mengkaji, kita yakin tentang idea tersebut. Sekarang tinggal nak buat je. Tapi kita tak de kemahiran. Apa nak buat?

Ada idea, tapi tiada kemahiran

Pixabay

Ada 2 cara, pertama, belajar untuk buat sendiri dan kedua, minta orang lain untuk buatkan.

Anda mungkin anggap kalau buat sendiri kos lagi murahkan? Jangan tertipu. Jika, anda hanya tahu asas untuk app saja cuba buat app, anda akan hasilkan produk yang sangat teruk kualitinya. Macam permainan IAK saya 😭. Masa yang diambil juga lebih lama. Paling penting app anda mungkin tak selamat, seperti membocorkan maklumat peribadi pengguna. Inilah kos sebuah app yang dihasilkan oleh orang yang tak cukup kemahiran. Cara pertama ini, hanya sesuai sekiranya fokus anda bukan produk akhir, tapi ilmu untuk digunakan pada masa depan.

Jadi, saya cadangkan jalan kedua kepada kebanyakan orang. Minta orang lain buatkan. Untuk menjayakan sesuatu app itu, banyak benda kena buat bukan setakat menghasilkan app yang berkualiti sahaja. Kita perlukan promosi app itu, supaya ramai orang muat turun. Setelah ramai orang muat turun, kita kena fikirkan cara untuk mengoptimumkan pendapatan dari app pula.

Jika kita menjual app dan bukannya beri percuma, kelihatan kita akan dapat duit dengan mudahkan? Sedarlah! Ada banyak app yang lebih kurang sama dan percuma. Jadi, promosi app sangat penting.

Saya cadangkan orang yang tak pandai buat app, upah orang lain buatkan dan anda fokus pada promosi dan cara mendapatkan wang dari app.

Nak minta saya yang buatkan app

Saya tak de buka servis buat app lagi. Lihat projek-projek saya, kebanyakan projek hobi. Walau bagaimanapun, saya sukakan cabaran programming. Setiap idea anda boleh jadi satu cabaran yang menarik untuk saya.

Sebab itu, kalau anda nak minta nak minta saya buatkan saya letakkan syarat-syarat berikut.

Sekiranya anda nak minta saya buat secara percuma:

  1. aplikasi mesti tidak berkait dengan benda-benda haram
  2. produk tidak bertujuan keuntungan tetapi charity. senang cerita, anda tak buat duit pun kalau produk berjaya
  3. mesti satu idea yang seronok untuk dilaksanakan
  4. app boleh disiapkan dalam masa yang singkat
  5. jika ada kos duit, semua ditanggung

3,4 & 5: kena bincang dulu baru tahu kan. Jadi jangan lupa cerita sikit idea tu masa emel saya

Sekiranya anda nak upah (bayar) saya buat app / web / sistem:

  1. aplikasi mesti tidak berkait dengan benda-benda haram
  2. mesti idea yang seronok untuk dilaksanakan
  3. app boleh disiapkan dalam masa yang tak lama sangat. Kurang 3 bulan.
  4. kos penyelenggaraan dan bantuan jika diperlukan mesti dibayar secara bulan-bulan
  5. upah yang berpatutan

Tak nak upah tetapi nak kongsi keuntungan hasil produk? Maaf, saya terpaksa tolak sebab saya sendiri ada satu fail yang penuh dengan idea-idea yang bernas untuk dilaksanakan. Saya lebih suka gunakan masa untuk jayakan idea saya dulu.

Sekiranya nak ajak bekerjasama

Sekiranya anda seorang designer, UI/UX designer, programmer, promoter atau apa-apa sajalah jawatan yang terlibat dalam pembangunan app dan nak ajak bekerjasama. Jom! Mesej saya, kita bincang. Asalkan produk halal dan seronok, saya sentiasa berminat. Hubungi saya, kita bincang.

Entrepreneur is just French for 'has ideas, does them'. - Alexis Ohanian

A-Z Quotes

Kesimpulannya, saya bukan appprenuer

Saya nak ajar orang tentang pengaturcaraan dan saya nak kongsi pengalaman. Sebab itu saya tulis blog. Saya tak berfacebook, tak bertwitter, tak berlinkedin dan tak bersosial network. Jadi blog menjadi tempat saya menulis, meluahkan perasaan dan berkarya.

Kalau pembaca nak belajar programming, saya suka nak ajar, mesej je, saya akan tolong. Tapi kalau nak tahu cara nak buat duit, saya tak pandai.

⬅ Alhamdulillah Web Nasihat Baru Kini Boleh Diakses BARU Saya akan buat 11 Startup dalam masa 11 Bulan (#11s11b) ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus