Full stack JavaScript Developer terbuka untuk bekerja (freelance, open for hire)

Tercari-cari programmer yang boleh buat mobile app, android app, boleh buat front-end, back-end dan ada pengetahuan keseluruhan daripada buat web sampailah boleh digunakan oleh pelanggan anda?

Saya mungkin boleh tolong tuan/puan. Hubungi saya, cerita apa yang tuan/puan harapkan. Kita usahakan bersama-sama, apa yang boleh saya tolong bisnes tuan/puan.

Boleh lihat senarai projek-projek yang pernah saya buat. Pengalaman saya sebagai Lead Developer di syarikat IT dan Senior Software Developer di sebuah syarikat vendor projek Kementerian Kewangan, mungkin boleh membantu bisnes tuan / puan untuk berjaya.

Contoh masalah dan macam mana yang saya boleh tolong

Saya (tuan/puan) sendiri seorang programmer atau mahir teknikal, dan mencari programmer yang boleh bantu percepatkan projek.

Saya memang suka berkerja dengan programmer, sebab senang untuk faham sama faham. Ini adalah teknologi yang saya mahir: JavaScript, NodeJS, ReactJS, Parse Server, ReactJS, MongoDB, Flutter, Ubuntu, Docker.

Boleh tengok senarai projek-projek. yang saya dah buat. Sebahagiannya, sumber terbuka, jadi tuan / puan boleh tengok-tengok coding style saya. Untuk projek yang bukan sumber terbuka, kita boleh Zoom video call untuk saya demo.

Saya pemilik syarikat, kami dah ada website / app. Kami cuma nak tambah fungsi dalam website / app ni.

Kalau guna teknologi yang saya mahir, mungkin saya boleh tolong. Jadi, kena tengok teknologi website / app tu dulu.

Saya pemilik perniagaan dan tak pandai sangat hal-hal buat website. Masalahnya, programmer syarikat kami tak berjaya menyiapkan projek mengikut tempoh yang diharapkan. Jadi sekarang, saya tengah mencari programmer untuk tolong siapkan projek dengan cepat.

Kalau betullah dengan tambah programmer projek boleh cepat siap, saya nasihatkan tuan / puan serahkan tugas cari programmer tu kepada Lead Developer (CTO) yang buat, sebab mereka lagi mahir.

Tapi, kalau tuan / puan tak tahu masalah kat mana dan mula rasa tak percaya yang team developer boleh siapkan projek. Saya rasa kemungkinan besar, ianya masalah pengurusan.

Masalah ni agak susah, sebab kita tak tahu punca masalah. Cadangan saya, cuba senaraikan perkara-perkara perlu siap (todo list), buat dalam team, ambil masa sehari bekerja. Mesti tulis senarai tu, biar jelas.

Kemudian, daripada senarai tu, pilih kerja-kerja yang programmer kata boleh siap dalam 1 minggu, dengan sumber yang sedia ada. Kemudian, semak balik selepas 1 minggu.

Kalau berjaya, kekalkan pengurusan sebegini, jangan lepas tangan. Perbaiki pengurusan dengan Scrum Framework .

Kalau tak berjaya, cari punca masalah. Boleh jadi, team programmer overestimate kemahiran ahli kumpulan sendiri. Atau mereka underestimate task tersebut.

Apabila sistem tu besar, dan banyak kepala. Kadang-kadang semua orang hilang arah tak tahu apa nak buat. Atau mereka tahu nak buat apa, tapi tak ada motivasi sebab tak tahu apa faedahnya kalau kerja mereka siap.

Sebagai pemilik perniagaan, tuan mungkin rasa tak puas hati bila harapan tak tercapai. Programmer pun, sebagai jurutera, dalam hati mereka pun rasa puas hati dengan kerja yang mereka buat, bila tak nampak result.

Kesimpulan, cari punca masalah, dan ingat dalam kumpulan, pengurusan lebih penting berbanding kemahiran. Kalau ada seorang programmer yang sangat-sangat pandai pun, kalau yang lain tak berjaya, projek tuan/puan tetap tak berjaya.

Saya ada idea bisnes, dan kami ada bajet untuk seorang full stack programmer sahaja untuk buat projek ini.

Hmm... kena tengok dulu, projek macam mana. Kalau nak buat MVP dan proof of concept cukup dengan guna Wordpress. Saya bukanlah orang yang sesuai.

Tapi, kalau projek memang perlukan programmer yang betul-betul pandai coding, boleh buat sistem dari kosong sampai orang boleh guna. Mungkin saya boleh bantu.

Last sekali, kena tengok bajet lah. Jangan risau saya faham, bajet join sebagai co-founder & sebagai pekerja. Cuma dalam bab ni, ada banyak faktor nak kena tengok, jom Zoom video call atau minum-minum (bila PKP dah habis).

Saya ada idea perniagaan, tapi saya tiada bajet. Boleh kita bekerjasama, jadi rakan kongsi?

Minta maaf buat masa sekarang, saya tak ada ruang untuk buat projek, tanpa income. InsyaAllah masa depan lebih cerah. Bila masa depan dah cerah, saya akan kemaskini kat sini.

Kesimpulan

Tuan / puan boleh teroka blog saya ini, tengok-tengok contoh coding saya di github dan intai saya di Twitter.

Saya sentiasa terbuka untuk berbincang. Boleh hubungi saya bila-bila masa, tak kira lah pukul 3 pagi pun. Kadang-kadang jadual saya tak macam orang kerja ofis. Saya akan reply bila saya free.

Reach me at