Tentang

Memberitahu supaya aku lebih tahu.

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Tentang fajarhac.com

Asalnya saya nak guna nama fajarhack, tetapi pada masa mendaftar domain tersebut, namanya telah diambil orang. Jadi, saya berpuas hati dengan fajarhac.

Fajarhac sebuah web peribadi saya untuk menulis pendapat, idea dan mengajarkan ilmu berkaitan pengaturcaraan komputer. Web mengandungi artikel asas pengaturcaraan, buat web, buat aplikasi dan cara terbaik (best practice) menulis kod.

Selain itu, fajarhac.com juga menjadi tempat untuk saya menyenaraikan hasil tangan saya. Dengan tujuan mempamerkan kemahiran dan kemampuan saya kepada semua. Jadi, pembaca boleh tahu saya bukanlah ahli politik yang tahu cakap saja. ๐Ÿ˜Ž

Hubungi Saya

Saya lebih suka orang hubungi saya dengan borang di bawah ini atau emel. Sebab tak mengganggu apabila saya sedang fokus bekerja.

Mesej telah dihantar

โœ‰โœ”

Jika sekarang dah lebih pukul 2 petang, pukul 3 esok baru saya baca.
Kalau penting sangat dan tak boleh sabar, mesej telegram saya @fajarhac. Tapi ingatlah, sabar itu lebih dekat dengan taqwa.

Tentang Fakhrullah Padzil

Nama saya Fakhrullah Padzil, saya suka pengaturcaraan komputer sebab inilah proses yang membuat saya menggunakan otak untuk berfikir. Saya berpendapat pengaturcaraan komputer adalah gabungan kerja kreatif dan logik. ๐Ÿ‘ Yup! Gabungan seni dan sains. Setuju? ๐Ÿ˜‰

Luar dunia digital, saya juga suka tengok anime seperti One Piece, Fairy Tail dan semua komedi anime yang ada cute girls (Kei-On, Baka Testo, Nichijou, Teekyu, Long Riders dll). Saya suka nak travel, tapi saya tak de duit lebih ๐Ÿ˜ญ. Saya suka pantai, laut ๐ŸŒŠ, pulau ๐Ÿ, air terjun ๐Ÿ’งโคต dan sungai.

Saya tak suka bunyi bising ramai orang bercakap, kenderaan yang banyak dan muzik yang kuat lagu yang saya tak minat (tolonglah pakai earfon ๐ŸŽง). Saya tak suka politik Malaysia sekarang, banyak gaduh dari buat kerja. Tak suka facebook dan kebanyakan sosial network sebab banyak orang gaduh, bazir masa, spam dari peniaga dan polisi privasi yang tak boleh percaya. ๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž