Senarai Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Pakar Node.js

Nak perkembangan terbaru tentang fajarhac dan projek 11 startup 11 bulan (#11s11b) dengan segera? Sila follow saya di Twitter @fajarhac.

Mana lebih baik, jadi pakar dalam suatu bidang atau jadi seseorang serba boleh? Nak jadi pakar (specialist) atau generalis (generalist)?

Artikel Generalist or specialist dari John Sonmez dan Generalist Vs Specialist dari Itamar Turner-Trauring adalah antara artikel yang menarik membincangkan isu pakar atau generalis.

Itamar berpendapat, mengaku pakar adalah satu teknik pemasaran. John Sonmez pula dengan nada berbeza, bersetuju dengan mengaku pakar bertujuan pemasaran, tetapi bukan setakat teknik pemasaran diri semata-mata.

Apabila ditanya tentang Elon Musk dalam channel Youtube-nya, John Sonmez berpendapat Elon Musk bukan generalis tetapi pakar dalam pelbagai bidang (specialist in multiple areas).

Adakah sebab nak jadi popular, saya pilih jalan menjadi pakar Node.js? Tujuan pemasaran?

Hmmm…

Betul. Tapi bukan 100% sebab pemasaran. Ada alasan-asalan lain.

Bidang komputer hari ini sangat luas. Front end, back end, data saintis, DevOps, data admin, UI desinger, UX designer dan banyak lagi. Front end Developer saja pun dah buat istilah JavaScript fatique.

Kalau dulu, seorang boleh jadi semua. Tapi hari semua peranan (role) ini dipecah-pecahkan. Kenapa? Sebab kita ke arah menghasilkan produk IT yang lebih selamat, mudah guna dan tahan lama.

Orang tua kan dah nasihat: jangan sampai yang dikejar-kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Jadi Saya Pilih Nak Jadi Pakar Node.js Sebab

  1. Tenaga dan masa saya terhad. Saya nak fokus sepenuhnya kepada backend Node.js kerana saya sorang je. Masa dan tenaga saya terhad. Saya kena fokuskan pada satu benda sahaja. Kalau tak pemikiran jadi bertabur. Ilmu tak berapa nak masuk.

    Saya perasan ini, bila saya bertukar dari buat android app (Java) kemudian buat server backend Node.js (JavaScript). Katakan semalam, saya luangkan masa buat android app. Hari ini, bila saya tulis kod JavaScript, banyak benda jadi keliru. Jadi saya rasa fokus satu benda lebih baik.

  2. Saya dah ada asas kebanyakan bidang. Pada hari ini, saya boleh buat dan pernah buat:

    • backend HTTP-based api guna Node.js atau Laravel
    • pasang dan jalankan web, app pada server untuk diakseskan orang ramai (web deployment)
    • pasang Ubuntu pelayan (server) di DigitalOcean atau Linode
    • android app, sama ada natif, hibrid atau HTML5 app

    Kemahiran umum sebagai pembangun (developer) dah ada. Jadi sekiranya saya buat Node.js app, saya tiada masalah untuk menjadikan app tersebut boleh diakses.

    Cukuplah masa untuk bermain-main dekat pantai. Dah tiba masa untuk berenang ke-tengah laut. perumpamaan je ni, saya sebenarnya, tak pandai berenang 😜

  3. Saya jatuh cinta dgn Node.js 💕. Node.js popular sebab laju (Node.js is fast). Node.js memang ‘laju’, tetapi sebab utamanya ialah budaya async. Bahasa pengaturcaraan yang lain pun boleh jadi laju, jika kod di tulis secara async. Tapi dengan Node.js, kita diutamakan menulis kod secara async dan tetapan lalainya pun begitu.

    Selain itu, perkara yang paling suka dengan Node.js ialah npm. Sangat senang untuk tambah library dengan Node.js.

    Jangan salah faham, Node.js ada banyak juga kelemahan. Cuma, bila saya timbang baik buruknya, saya lebih suka Node.js. Pasal kekuatan dan kekurangan Node.js, kita cerita lain hari.

    Hackernoon setelah melakukan soal selildik merumuskan kelebihan Node.js.

    Kebaikan Node.js dari survey oleh Hackernoon

    Gambar dari Hackernoon

  4. Saya nak jadi pakar banyak benda. Saya nak buat web, nak buat sistem yang berkualiti (cepat), nak buat android app, nak buat kereta elektrik, nak buat smart kandang kambing (IoT) dan saya nak buat game juga. Banyaklah saya nak buat.

    Saya kena mula sekarang. Saya pilih untuk mulakan dengan Node.js. Lepas dah pakar Node.js, saya mungkin akan berusaha jadi pakar Rust (rustlang) pula untuk sokong kelemahan Node.js.

Macam mana nak jadi pakar Node.js

Setelah tekad nak jadi pakar Node.js, saya pun buat kajian, macam mana nak jadi pakar Node.js. Berikut adalah artikel yang saya rujuk:

Senarai Kemahiran Yang Perlu Ada Kepada Pakar Node.js

Saya fokus kepada Node.js, JavaScript di back end. Namun, senarai ini boleh digunakan untuk orang yang nak jadi pakar JavaScript front end. Cuma tolak tambahlah apa yang perlu.

Sekiranya pembaca, rasa ada yang perlu saya tertinggal atau terlebih masuk, boleh komen kat bawah.

Node.js dan JavaScript

Front-end dan DevOps

Kemahiran Node.js semata-mata tak mencukupi untuk jadi pakar Node.js. Apa guna boleh buat Node.js app, tapi orang lain boleh guna? Sebab tu, saya kena tahu serba sedikit DevOps. Cukup sekadar boleh deploy dengan cepat dan efisyen. Lagi baik kalau boleh automation.

Apa guna sebuah web yang orang boleh guna tapi susah untuk diguna oleh orang biasa? Tak user friendly. Nak tak nak, saya kena ambil tahu sedikit tentang front end. Sikit-sikit pun tak, boleh faham kod dan boleh salin tampal (copy paste) kod orang lain pun dah cukup.

Maka ☺, berikut adalah senarai yang saya rasa perlu juga untuk jadi pakar Node.js.

Penutup

Inilah senarai yang boleh saya fikirkan. Tak setuju? Boleh komen, mungkin saya terlepas pandang.

Ini adalah senarai yang panjang, saya sendiri tak tahu, bila boleh habis. InshaAllah, ada rezeki, semua benda boleh jadi.

📷 Gambar dekat atas sekali dari ANDRIK ↟ LANGFIELD ↟ PETRIDES di Unsplash

⬅ Kritikan jujur terhadap Skolafund BARU Penerangan Mendalam Tentang Kepintaran Buatan yang Mudah Difahami ➡

Artikel Terkini

Follow saya di Twitter @fajarhac

comments powered by Disqus