Baca blog Medium yang telah di blok kerajaan tanpa vpn atau proxy

April 17, 2016

Kerajaan Malaysia telah menyekat akses kepada Medium.com kerana satu artikel oleh Sarawak Report. Artikel pasal apa? Saya tak peduli, saya tak berminat. Mungkin pasal IMDB kot.

Tapi, ada banyak artikel berkaitan pengaturcaraan di Medium yang saya sangat berminat nak baca. Sebab itu, apabila Medium.com disekat, saya tak berapa bersetuju. Sebab itu, saya mencari cara-cara untuk membaca artikel Medium.com.

Cara yang paling popular dan teknikal ialah menggunakan proxy atau VPN. Menggunakan proxy atau VPN membuatkan kita seolah-olah berada diluar negara dan sekatan akses oleh negara Malaysia tak kena pada kita.

Cuma masalahnya, guna proxy pada internet yang slow ini, tersangat slow buat sakit hati je. VPN pula perlukan setup dan beli perkhidmatan bayar bulan-bulan. Sebab tu saya tak suka guna VPN dan proxy semata-mata untuk sebuah web yang kadang kala saya saya tengok.

Alhamdulillah saya terjumpa beberapa alternatif lain :

1. Guna google cache

Caranya ialah buat carian pasal artikel yang anda nak baca di enjin carian Google. Klik anak panah ke bawah di hujung pautan pada hasil carian, kemudian klik cache.

lepasi sekatan medium guna google cached image

2. Guna pocket (formerly Read It Later)

Caranya, lawati mana pautan ke artikel di Medium.com, kemudian klik "Save To Pocket". Selepas itu, boleh lah ke akaun getpocket, untuk membacanya.

lepasi sekatan medium guna getpocket

Apa? Tak pernah guna getpocket dan tak tahu apa itu getpocket? Nama asalnya ialah Read It Later, maksudnya baca nanti. Getpocket ialah servis untuk simpan artikel yang kita nak baca supaya kita boleh baca di masa lain, pada mana peranti sekalipun. Saya dah lama gunakannya untuk menyimpan artikel supaya boleh dibaca di tablet sambil baring.

Saya cadangkan pembaca pun menggunakannya.

3. Guna opera mini

Caranya, pasang opera mini dan baca macam biasa mana-mana artikel dari Medium.com guna opera mini.

Kenapa sekatan ini boleh dilepasi?

Sebagai seorang programmer dan orang teknikal, saya tak suka kalau artikel saya tak beri penjelasan kenapa benda ni boleh terjadi.

Jawapannya mudah saja, semua cara di atas merupakan penyimpan kepada artikel dari Medium.com di dalam simpanan masing-masing.

Lihat pautan pada alamat apabila kita guna google cached (cara 1), pautan nya ialah https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:2keUHffNst4J:https://medium.com/medium-legal/the-post-stays-up-d222e34cb7e7+&cd=1&hl=en&ct=clnk. Kerajaan Malaysia blok akses medium, tapi tidak webcache.googlesercontent.com, sebab itu kita boleh baca artikel di Medium.com menggunakan google cached. Kita sebenar membaca artikel di Google yang disalin dari Medium.com.

Getpocket pun menggunakan cara yang sama dengan google cached.

Opera mini pun cara yang sama tetapi sedikit berbeza sebab opera mini ialah sebuah pelayar web. Sekiranya anda melihat pautan pada opera mini, ia datang terus dari Medium.com tidak nampak perantaranya.

Tapi sebenarnya, ada orang tengahnya. Sebab opera mini ialah sebuah pelayar web (web browser), ia boleh menukar link tanpa meletakkan perantaranya. Kalau awak faham bagaimana Opera mini berfungsi, awak pasti tahu kenapa ini boleh terjadi dan dimana perantaranya. Hari ini saya cuma nak tulis artikel pendek saja.

Kesimpulan

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kerajaan sepatutnya menaja saya untuk mencari team dan membuat sebuah enjin carian yang boleh dikawal, kemudian barulah kerajaan boleh menyekat terus Google. =D

Rusia ada yandex, China ada Baidu, jadi Malaysia pun perlu ada sesuatu. Sekurang-kurangnya sebuah enjin carian khas untuk bahasa Malaysia pun dah cukup, barulah negara tak ke-orang-putihan sangat.

Anda ada cara yang lebih bijak dan senang dan percuma? Kongsi-kongsi, jangan kedekut ilmu.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea