Kembali ke project euler

January 29, 2013

Project Euler ialah laman web latihan programming. Web ini menyediakan soalan-soalan matematik yang mencabar minda pengguna untuk menyelesaikannya.

Pada awal-awal memasuki dunia programming ni, saya telah pun mengenali dan mencuba untuk menyelesaikan teka-teki di situ. Tetapi mungkin terlalu sikit pengetahuan, menyebabkan saya berundur dan lupa password dan username. Tetapi baru-baru ini, stress dengan kerja-kerja (assignments) di universiti menyebabkan saya mencari keseronokan baru. Dalam proses ini, saya kembali ke Project Euler.

Saya cuba mencari web-web lain yang serupa, namun project euler pada saya lebih mesra pengguna. Alhamdulillah dengan pengalaman-pengalaman yang dibina dalam 2 tahun yang lepas, saya dapat menyelesaikan 6 masalah dalam 3 hari menggunakan bahasa c. Bukan sesuatu membanggakan bagi orang lain. Tetapi bagi saya, alhamdulillah aku dah memang meningkat.

Cuba lah ke project euler, kadang-kadang menggunakan otak itu amatlah seronok.

:: saya di project euler dengan nama fakhrul

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea