Perlukah semua orang belajar coding

November 06, 2015

Malaysia dalam belanjawan 2016 memperuntukkan RM30 juta untuk program keusahawanan generasi muda. Salah satu darinya ialah Projek Perintis Coding di sekolah. Malah, Obama (presiden US) pun bersetuju supaya mengajarkan coding untuk kanak-kanak, katanya ketika ditemuramah oleh re/code.

Selain itu, akhir-akhir ini terdapat banyak permainan-permainan yang boleh mengajar kanak-kanak untuk coding. Venturebeat menyusun 12 permainan yang mengajar coding kepada kanak-kanak.

Melihat kepada aliran masa kini, tidak dinafikan kepentingan coding. Namun persoalannya, perlukah semua orang belajar coding?

perlukah semua orang belajar coding

Apa itu coding?

Coding ialah perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud proses menulis senarai suruhan sebenar bagi sesuatu atur cara dalam bahasa pengaturcaraan komputer. Inilah maksud coding yang dinyatakan di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Saya rasa maksud yang lebih jelas ialah proses menulis kod pengaturcaraan komputer.

Apa kebaikan coding?

Mendidik kita cara berfikir logik. Dalam dunia pengaturcaraan ada satu istilah disebut sebagai algoritma (algorithm) yang bermaksud cara menyelesaikan masalah.

Contohnya dari rumah anda ke masjid, ada berapa jalan dan cara untuk pergi? Anda boleh ikut jalan A atau jalan B, menaiki kereta sendiri atau motosikal sendiri atau menumpang kereta jiran. Setiap cara ada kebaikan tertentu. Motosikal boleh menjimatkan kos (minyak), tetapi jika hari hujan, kita akan gunakan kereta sebab tak nak basah.

Mungkin kita tak sedar sebab ini proses berlaku dalam kehidupan harian. Tetapi apabila terdapat perkara yang rumit yang perlu diselesaikan, orang yang tahu coding, akan lebih tenang, dan memikirkan cara penyelasaian satu persatu. Sebab mereka dididik dengan budaya berfikir logik hasil dari belajar coding.

Saya sendiri selalu guna if-else dalam membuat keputusan. Saya ada satu pseudo-code yang sesuai untuk semua orang Islam.

Sekiranya ( 
  amalan ada dalam Quran ATAU amalan ada dalam sunnah
  DAN 
  tafsiran menepati tafsiran para sahabat, tabi` dan tabiin ) {
  
  Amalkan

} Selain itu {

  Tinggalkan

}

Memudahkan dan mempercepatkan kerja. Penggunaan bahasa skrip seperti python membolehkan kita menulis skrip ringkas untuk memudahkan kerja. Saya pernah menulis skrip untuk menamakan fail dengan lebih tersusun. Jadi tak perlulah memasang (perisian-perisian khas untuk benda sekecil ini). Alhamdulillah, hasil dari skrip yang saya tulis ini, boleh saya gunakan untuk menyusun gambar dalam projek Nasihat.

Bagi Dave McFarland pula, hasil pembelajaran python selama 14 hari, dia menjimatkan masa berjam-jam untuk kerja-kera seharian. Apakah yang lebih mahal dari masa?

Memberi pemahaman lebih mendalam tentang sistem yang dijual adalah kelebihan untuk peniaga atau pekerja dalam bidang teknologi. Saya rasa marah dengan orang kedai PC yang kata widescreen monitor sekarang ni ramai orang guna, padahal tak laku. Saya minta monitor Full HD yang ada sambungan HDMI, dia kata habis stok, lepas tu terus bercakap sekarang orang ramai guna widescreen. Kalau benarlah ramai guna widescreen, sepatutnya widescreen lah yang habis stok, bukan yang saya nak. Lagipun, model yang diperkenalkan model lama.

Tak pastilah sama ada orang ini tak tahu teknologi atau teknik menjual jahat. Tapi saya cuba berperasangka baik, mungkin dia tak pandai dalam teknologi. Jadi belajar lah.

Sekarang ni, ramai orang membina pelbagai sistem untuk membantu orang ramai. Tapi, sayangnya kebanyakan orang yang pandai membuat tak berapa pandai bercakap. Macam saya sendiri, saya suka coding, saya suka membina. Tapi saya lemah dalam promosi dan menerangkan produk. Jadi sekiranya orang yang menjual tahu sedikit sebanyak tentang produk yang dijual, pasti lebih baik penerangannya.

Boleh tahan kebaikan coding. Jadi perlukah semua orang tahu coding?

Bagaimana dengan orang yang lebih suka bidang biologi, bidang sastera, bidang agama dan lain-lain bidang yang jauh dari bidang teknologi? Perlukah mereka belajar coding? Benarkah tindakan kerajaan memfokuskan bidang coding sebesar ini?

Terus terang saya katakan tak perlu. Coding adalah trend masa kini. Sebagaimana pada zaman kebangkitan eropah lukisan dan seni menjadi trend pada masa itu, begitulah coding pada masa kini. Sebagaimana trend orang mencari cicak (pokke, tokke), trend akan berlalu. Sekiranya kita ikut trend, kita takkan membina masa depan yang cemerlang.

Tun Mahathir memperkenalkan idea cyberjaya pada tahun 1995, 20 tahun lalu. Tapi sayangnya, kita terlalu sibuk berpolitik sampai kalah dengan negara bergolak Thailand dalam bidang informasi teknologi ini. Tak pelah dah lepas. Kita tersilap langkah. Cuma, belajarlah dari kesilapan. Lain kali apabila pemimpin kita mencadangkan idea yang jauh ke depan, pikullah dengan bertanggungjawab. Untuk pemimpin pula, fikirlah jauh kedepan, sebagaimana Tun Mahathir berfikir.

Saya berpendapat, coding hanyalah trend masa kini, dan akan luput perlahan-lahan. Pandang jauh kedepan. Apakah yang akan diperlukan dengan masa depan? Kita perlu bersedia untuk bidang mana? Saya tak tahu. Jom, kita kaji bersama.

Apakah bidang utama masa depan?

Bagaimana dengan teknologi hijau? Teknologi yang tidak merosakkan alam. Contohnya sumber tenaga solar. Sekiranya difikir secara logik, sebuah negara yang hujan panas sepanjang tahun seperti negara Malaysia, sepatutnya kita menjadi antara pengeluar teknologi solar yang utama. Yalah, kita tak ada musim salji, tak ada musim luruh, tak ada musim bunga dan tak ada musim panas, hampir sepanjang tahun, cuaca negara ini stabil. Jadi kenapa kita tidak kedepan dalam teknologi solar ini?

solar cell

Seorang kawan yang membuat master tentang solar (di sebuah universiti di negara matahari terbit) berkata, kajian teknologi solar yang dia belajar (buat) sekarang tidak sesuai untuk negara Malaysia kerana cahaya Matahari tak sampai lurus ke Malaysia. Teknologi yang dia kaji sekarang cuma sesuai di negara bukan di garisan khatulistiwa.

Saya pun tak berapa faham. Namun, saya rumuskan, bahawa teknologi negara asing tidak bersesuaian dengan negara kita. Mungkin sebab teknologi itu dibina dan dikaji dinegara mereka, jadi mereka berfikir untuk menyesuaikan dengan negara sendiri.

Bayangkan langkah kajian yang sama dijalankan di Malaysia, sekalipun dalam proses itu, tidak dijumpai cara yang sesuai, pastilah hala tuju akan berbeza. Pemikiran yang berbeza akan menghasilkan teknologi yang berbeza. Mungkin lebih sesuai untuk negara kita. (Atau mungkin dah ada yang mencuba cuma saya tak tahu. Kalau ada, tinggalkan komen, beritahu saya.)

kereta elektrik konsep

Atau mungkinkah kereta elektrik? Ingat kebergantungan pada minyaklah yang membuatkan GST dilaksanakan lalu meningkatkan kos hidup seharian. Minyak akan habis. Mungkinkah kerana hanya sebuah syarikat kereta elektrik yang besar (TESLA) yang kita dengar maka kita tak berani menyentuh teknologi masih mentah ini? Adakah kerana kita risau kita tak mampu? Atau kita risau market sekarang takkan menguntungkan kita?

Sebab itu saya kata pandang jauh ke depan. Pandang jauh jauh ke depan.

Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara no 1 di Asia tenggara tapi kita ketinggalan sebab sibuk berpolitik. Negara kita maju, di negara kita, rezeki di ambil oleh orang Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain pendatang asing. Pada waktu orang sibuk bekerja, kita sibuk berjalan di Petaling Street, Sogo, Bukit Bintang, berpakaian baju serba merah. Macam mana nak dapat rezeki kalau kita kacau rezeki orang? Sekadar luahan rasa.

Berminat nak belajar coding? Diygenius ada artikel yang sesuai untuk mereka yang belum ada asas pengaturcaraan. Saya juga merancangkan satu siri asas tutorial. InsyaAllah akan dilaksanakan tak lama lagi.

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea