Perkataan para Imam supaya mengutamakan al-Quran dan sunnah

December 07, 2014

Ada suatu hari, saya singgah solat dekat masjid atas bukit. Lepas siap solat, datang sorang dia tegur saya. Cara dia cakap ok, permulaan dia cakap kemas sopan, tanya datang dari mana, xpernah nampak.

Pastu borak lah kejap, tapi saya tengah kejar masa. Dia mungkin nampak, macam tergesa-gesa. Jadi, dia mulakan tegur,

"Nak tegur sikit ni ... tadi saya tengok abg angkat takbir sebelum imam siap, benda tu tak betul"

"Eh tak tak, saya angkat takbir bersama dengan imam", balas saya

"Tu pun salah jugak bang, sebab kita kena takbir lepas imam takbir, tak sekali dengan imam"

"Tujuan imam adalah untuk diikuti. Jadi saya takbir bersama imam. Saya ikut imam jadi tak salah lah. Ada hadis cakap kena ikut imam ni"

"Salah macam tu, kita tak boleh takbir sekali dengan imam"

"Minta maaf, saya pun orang mengaji jugak (belajar ilmu agama), jadi boleh bagitahu kitab mana yang cakap macam tu", balas aku lagi. Sebab saya pun jenis yang tengok youtube Dr Maza dan Ilmuan Muda (Dr Fathul Bari n the gang) time tu

"Ada dalam kitab biru. Jom lah kita tanya imam kejap"

"Kitab biru kitab apa?"

"Kitab biru, mari lah kita tanya imam kat depan", dia cuba pertahankan nasihat dia tadi, tapi dengan jawapan kitab biru

"Minta maaf saya nk cepat ni, terima kasih lah tegur saya, tak pe nanti saya semak pasal. Terima kasih lah sebab tegur", jawab saya cepat-cepat. Sebab memang saya nak cepat, tak ingat dah sebab apa.

Jadi, saya pun berlalu pergi. Pastu, bila dh free, sambil rileks-rileks, saya cari lah pasal ni. Orang yang tegur tu betul.

Saya terjumpa pendapat, dari Imam Syafie, makmum perlu takbir selepas imam sempurna takbir nya. Alasannya, selagi imam tak takbir solat tu tak bermula lagi. Jadi, macam mana makmum boleh ikut imam kalau imam tak start solat lagi? Sebab tu, takbir bersama-sama dengan imam tak sah. Kena tunggu imam takbir, baru makmum takbir. Ini takbiratul ihram, takbir mula-mula solat.

Saya amat berterima kasih kepada si penegur. Susah sebenarnya nak dapat keberanian tegur orang yang tak kenal, tapi dia berani. Alhamdulillah. Walaupun saya tak terima teguran dia masa tu jugak, tapi, saya balik dan cari ilmu pasal ini.

Alhamdulillah bertambah ilmu.

Cuma, kalau boleh, untuk orang yang menegur, kalau boleh, perkemaskan sikit lagi ilmu, ingat kitab nama apa penulis nya imam siapa, sebab kalau main ayat adalah ustaz tu, adalah kitab tu, agak susah sikit orang yang pandai nak dengar. Semua orang rasa dia pandai. Termasuk lah yang menulis ini.

infografik perkataan imam mazhab yang 4 supaya mengutamakan sunnah

2023, Built with Gatsby

Hire MeNota & idea