Saya mengaku agak lama tidak mengemaskini blog (web log) ini. Tapi ini tidak bermakna saya tidak melakukan apa-apa atau tidak belajar perkara baru. Banyak yang saya belajar, cuma fokus dan keseronokan teralih menyebabkan saya tidak menulis. Laravel perkara yang saya belajar di akhir-akhir ini, dan InsyaAllah akan ditulis tentang perjalanannya di masa depan.
Apa itu Laravel? Laravel ialah php framework. Kalau saudara tak tahu apa itu php framework, mungkin artikel ini bukan untuk saudara.
Saya pernah menggunakan Codeigniter dan Kohana framework. Kedua-duanya mempunyai kesamaan yang menjadikan saya suka menggunakannya. Sebenarnya, saya hingga kini masih suka menggunakan Codeigniter, dan tidak terfikir pun untuk meninggalkan Codeigniter. Tetapi setelah mendapati projek ini tidak lagi dikemaskini dengan teknologi terbaru, mengalihkan saya kepada alternatif lain.
Setelah menimbangkan alternatif, saya mencuba Kohana Framework. Setelah 2-3 bulan selesa dengan Kohana, saya membaca artikel dan perbincangan di reddit tentang projek Kohana ini seperti ditinggalkan. Jadi dari sini saya mencari alternatif lain. Dalam pencarian, jumpa banyak, antaranya, php pixie. Saya mengutamakan betapa dekatnya sebuah framework itu dengan codeigniter, sebab itulah php pixie antara yang dipertimbangkan. Semestinya, ZEND framework, Symfony dan Yii. Tetapi kerana kelihatan seolah-olah agak susah untuk dipelajari saya menolak framework popular ini.
Namun, keputusan akhir membawa saya kepada Laravel, walaupun tutorial di Laracast kelihatan seolah-olah Laravel adalah framework aras tinggi, tetapi setelah membaca dan membaca tentang Laravel, barulah saya Laravel adalah sesuai untuk sesiapa sekalipun. Laravel mempunyai kebebasan yang boleh disesuaikan dengan pengguna beginner mahupun expert.
Kini saya berasa sungguh bernasib baik kerana memberi peluang untuk Laravel mengambil hati saya. Walaupun saya tidak menggunakan Laravel cara laravel, iaitu saya masih menggunakan ftp fail2 ke server menggunakan Filezilla berbanding dengan git dan saya juga masih memasukkan data secara manual ke MySQL databes menggunakan phpmyadmin berbanding dengan migration untuk databes, saya selesa dengan cara ini. Laravel memberi kawalan (control) cara menggunakan kepada pengguna sebebas-bebasnya.
Alhamdulillah, kerana bertemu Laravel.